GOTONG-ROYONG MADANI BERSAMA IBU BAPA DAN PENJAGA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2023 / SABTU
GOTONG-ROYONG KECERIAAN BILIK PEMULIHAN KHAS BERSAMA UNIT KAUNSELING,PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK
TARIKH : 9 OKTOBER 2023 / ISNIN
GOTONG-ROYONG MADANI BERSAMA IBU BAPA DAN PENJAGA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2023 / SABTU
GOTONG-ROYONG KECERIAAN BILIK PEMULIHAN KHAS BERSAMA UNIT KAUNSELING,PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK
TARIKH : 9 OKTOBER 2023 / ISNIN
PROGRAM PROSP 3PK 2023 BERSAMA UNIT PENDIDIKAN KHAS, DOKTOR & JKM
TARIKH : 21 JUN 2023
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH (SKEMS)
UJIAN DIAGNOSTIK PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK
UJIAN IPP2M TAHAP 1 :
INSTRUMEN KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (IKAM)
MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
SENARAI KEMAHIRAN & PEMETAAN KEMAHIRAN
PEMULIHAN BAHASA MELAYU
SENARAI KEMAHIRAN & PEMETAAN KEMAHIRAN
PEMULIHAN MATEMATIK
UNTUK MENJADIKAN MURID PEMULIHAN DAN MURID PEMULIHAN KHAS CELIK HURUF, WARGA SEKOLAH AKAN BERUSAHA:
1. MEMASTIKAN
PENCAPAIAN MURID PEMULIHAN BERKEMBANG DARI SEMASA KE SEMASA SAMADA DI KELAS
PEMULIHAN KHAS MAHUPUN DI KELAS BIASA
2. MEMUPUK SAHSIAH
DAN NILAI MURNI DI JIWA MURID PEMULIHAN UNTUK TEKUN BELAJAR
3. MELAKSANAKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENARIK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
VISI
SEMUA MURID PEMULIHAN KHAS CELIK HURUF SETELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI SEKOLAH RENDAH SELAMA 6 TAHUN
MISI
BERUSAHA UNTUK MEMBASMI MASALAH BUTA HURUF DI KALANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS DAN MENGUASAI KEMAHIRAN 3M
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, Bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
Kesejahteraan diri serta memberi sumbangan Terhadap keharmonian dan kemakmuran Masyarakat dan
Negara
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).