Thursday, July 31, 2025

HARI PELAPORAN KEMAJUAN MURID PEMULIHAN KHAS

TARIKH : 24 JULAI 2025

MASA :    10.00 am - 12.30 pm

TEMPAT : KELAS PEMULIHAN KHAS

SASARAN : IBUBAPA/PENJAGA DAN MURID PEMULIHAN KHAS

OBJEKTIF :

1. Maklumkan ibu bapa/penjaga tentang tahap pembelajaran murid. 
2. Kukuhkan kerjasama antara guru dan keluarga. 
3. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan murid untuk tindakan susulan.

IMPAK PROGRAM :

1. Ibu bapa lebih faham keperluan dan perkembangan anak.
2. Guru dan penjaga saling menyokong dalam pendidikan murid.
3. Murid rasa dihargai dan lebih bermotivasi.


Kolokium Kajian Tindakan Dalam Kalangan Warga Pendidik (RoAR) Daerah Rompin 2025

TARIKH : 22 JULAI 2025 

TEMPAT : PPD ROMPIN

SASARAN : WARGA PENDIDIK DAERAH ROMPIN

OBJEKTIF :

 1. Memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan.

2. Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru khususnya di daerah Rompin.

3. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran serta dapat memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedahpengajaran pembelajaran yang berkesan.

4. Memberi peluang kepada guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesional di samping membolehkan guru menyelesaikan masalah secara professional mengikut ketetapan kpm.

5. Mengeluarkan guru daripada kongkongan amalan rutin dan meningkatkan amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan memperkembangkan idea-idea baru tentang kerja buat seharian mereka. Dengan itu, guru mempunyai hak eksekutif dalam memperkenalkan kaedah-kedah penyelesaian masalah yang efektif serta berkesan.

6. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang wujud dalam amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru ke arah pembaharuan

7. Menggalakkan guru menyelidik amalan sendirian atau kerja buat seharian, membaiki tindakan dan menilai hasil atau keberkesanan tindakan tersebut.

8. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka.

BUKU PROGRAM