Wednesday, December 13, 2023

GOTONG -ROYONG KECERIAAN KELAS PEMULIHAN KHAS

GOTONG-ROYONG MADANI BERSAMA IBU BAPA DAN PENJAGA

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2023 / SABTU




GOTONG-ROYONG KECERIAAN BILIK PEMULIHAN KHAS BERSAMA UNIT KAUNSELING,PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK

TARIKH : 9 OKTOBER 2023 / ISNIN






HARI PELAPORAN KEMAJUAN MURID PEMULIHAN KHAS

 











PROGRAM PROSP 3PK 2023

 PROGRAM PROSP 3PK 2023 BERSAMA UNIT PENDIDIKAN KHAS, DOKTOR & JKM

TARIKH : 21 JUN 2023

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH (SKEMS)



Monday, December 4, 2023

MATLAMAT PEMULIHAN KHAS

UNTUK MENJADIKAN MURID PEMULIHAN DAN MURID PEMULIHAN KHAS CELIK HURUF, WARGA SEKOLAH AKAN BERUSAHA: 

1.  MEMASTIKAN PENCAPAIAN MURID PEMULIHAN BERKEMBANG DARI SEMASA KE SEMASA SAMADA DI KELAS PEMULIHAN KHAS MAHUPUN DI KELAS BIASA

2.  MEMUPUK SAHSIAH DAN NILAI MURNI DI JIWA MURID PEMULIHAN UNTUK TEKUN BELAJAR

3.  MELAKSANAKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENARIK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF 

VISI DAN MISI PEMULIHAN KHAS

 

VISI

SEMUA MURID PEMULIHAN KHAS CELIK HURUF SETELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN  DI SEKOLAH RENDAH SELAMA 6 TAHUN

MISI

BERUSAHA UNTUK MEMBASMI MASALAH BUTA HURUF DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS DAN MENGUASAI KEMAHIRAN 3M



 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, Bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

Kesejahteraan diri serta memberi sumbangan Terhadap keharmonian dan kemakmuran Masyarakat dan Negara

PENGENALAN

 Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas.

Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).

 Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.