Wednesday, July 2, 2025

PROGRAM DIDIK ANAKKU

TARIKH : 29 MEI - 9 JUN 2025 (  CUTI PENGGAL 1)

TEMPAT : RUMAH MASING-MASING (dengan bimbingan ibu bapa / penjaga)

SASARAN : SEMUA MURID PEMULIHAN KHAS

OBJEKTIF :

1. Memberi peluang kepada ibu bapa / penjaga untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran anak-anak sepanjang cuti sekolah.

2. Membantu murid mengukuhkan kemahiran membaca melalui aktiviti latih tubi dan pemantauan secara berkala.

3. Mewujudkan hubungan kerjasama yang baik antara guru dan ibu bapa dalam perkembangan akademik murid.

IMPAK PROGRAM :

1. Murid dapat menggunakan masa lapang dengan membaca menggunakan modul yang diberikan  bagi meningkatkan Tahap Penguasaan dengan bimbingan ibu bapa di rumah.

2. Hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa bertambah erat melalui komunikasi berkaitan pemantauan pembelajaran anak-anak.