Wednesday, November 6, 2024

 

KEM GEMPUR BACA 
MURID PEMULIHAN KHAS ZON BANTURA

TARIKH     : 23 – 24 OKTOBER 2024 ( RABU – KHAMIS )
MASA        :  08.00 am – 1.00 pm
TEMPAT    :  DEWAN SK (LKTP) KERATONG 3
SASARAN: MURID YANG MASIH BELUM MENGUASAI SUKU KATA TERBUKA.

PENGENALAN :  

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin bagi membantu sekolah yang mempunyai bilangan murid Pemulihan Bahasa Melayu yang tidak menguasai Kata Terbuka iaitu Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu 4, 5, 6, dan 7.
Ianya juga bertujuan menggembleng tenaga serta usaha untuk bersama-sama meningkatkan penguasaasn murid-murid pemulihan ini kepada kemahiran yang lebih tinggi.

OBJEKTIF :  

1. Memberi peluang kepada guru untuk membantu murid yang tidak menguasai  
    Suku Kata Terbuka. 
2. Memotivasikan guru-guru melalui idea-idea kreatif dan baharu dalam pengurusan 
    dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran. 
3. Membantu meminimumkan bilangan murid yang tidak menguasai Kemahiran 
    Pemulihan Bahasa Melayu. 
4. Memupuk semangat kerjasama antara para guru pemulihan khas di setiap Zon

BUKU PROGRAM (klik di sini)






No comments:

Post a Comment