Friday, March 6, 2026

DISKUSI PROFESIONAL PROGRAM INTERVENSI TAHUN SATU DAERAH ROMPIN BAGI TAHUN 2025

 

TARIKH: 23 FEBRUARI 2026 / ISNIN
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : ATAS TALIAN
ANJURAN : PPD ROMPIN 

PEGAWAI YANG HADIR :

1.PN. RAHIDA BINTI NADZRI (PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS)
2.PN. HANIM BINTI MOHAMMAD (PENOLONG PPD (PEMULIHAN KHAS)
3.PN. FARIZA BINTI EALI (PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS)
4.PN. ZAINI BINTI SULAIMAN (PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS)

OBJEKTIF
        Program Diskusi Profesional Program Intervensi Tahun Satu Daerah Rompin 2025 dianjurkan oleh Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Rompin bagi memastikan pihak sekolah melaksanakan program intervensi dengan lebih berkesan. Diskusi ini bertujuan membincangkan pelaksanaan intervensi serta langkah
penambahbaikan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid Tahun Satu, khususnya bagi sekolah yang masih belum menunjukkan pengurangan bilangan murid dalam Fasa 1 dan Fasa 2 Program Intervensi Tahun 2025.

IMPAK
       Melalui sesi taklimat dan diskusi profesional ini, guru dapat berkongsi pengalaman, strategi pengajaran serta amalan terbaik dalam pelaksanaan intervensi. Perbincangan ini juga membantu meningkatkan kefahaman guru terhadap pendekatan yang lebih efektif dalam memperkukuhkan kemahiran asas murid. Secara tidak langsung, program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid, mengurangkan bilangan murid yang belum menguasai kemahiran asas serta memperkukuhkan pelaksanaan Program Intervensi Tahun Satu di sekolah.



No comments:

Post a Comment